6 Syarikat Perniagaan Bernilai Berbillion Ringgit Yang Bermula Tanpa Pelan Perniagaan

Aku cuba untuk menamatkan pendapat sesetengah pihak yang menyatakan kamu harus memiliki 'business paperwork' untuk berjaya di dalam perniagaan yang baru. Tetapi adakah kita tahu terdapat beberapa syarikat terkemuka telah memulakan perniagaan mereka tanpa pelan perniagaan yang khusus. Tetapi ini bukanlah bermaksud pelan perniagaan adalah tidak perlu, tetapi ia adalah bukti bahawa ianya boleh dilakukan tanpanya.

Di sini adalah senarai enam syarikat perniagaan yang benilai berbillion ringgit yang tiada pelan perniagaan apabila mereka memulakannya.


[1] Google


Hasil pendapatan 2014: USD65.83 Billion

Google bermula sebagai projek kelas yang dibina oleh Sergey Brin dan Larry Page di tahun akhir di salah sebuah kolej di Stanford pada tahun 1996. Mereka inginkan sebuah enjin carian laman web yang lebih baik berpandukan kepada hubungan dari sebuah laman web kepada laman web yang lain daripada kekerapan perkataan yang wujud di laman web tersebut.

Google hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat 2 tahun selepas itu pada 1998 dan berjaya mengupah seorang pekerja pada waktu itu.


[2] Yahoo


Hasil Pendapatan 2014: USD4.6 Billion

Pencipta Yahoo juga adalah bekas siswazah di sebuah kolej di Stanford, Amerika, iaitu Jerry Yang dan David Filo. Menubuhkan Yahoo sebagai sebuah syarikat pada tahun 1994 yang berfungsi untuk jalan penyelesaian kepada carian informasi di internet dengan mewujudkan satu senarai laman web, berbanding dengan carian indeks halaman web.

Dua orang lelaki ini telah berjaya membawa satu pembaharuan kepada sistem carian inforamsi laman web di dunia.


[3] Apple





Hasil Pendapatan 2014: USD182.35 Billion

Pada tahun 1976 Steve Wozniak telah berjumpa dengan Steve Jobs dan meyakinkannya untuk menjual Apple I Computer. Stveve Jobs bersetuju dan membawa ke salah sebuah kedai komputer tempatan dan pemilik kedai tersebut telah bersetuju untuk membeli 50 buah unit mesin itu dengan harga USD500 seunit.

Mereka harus menyiapkan mesin Apple tersebut di dalam masa 30 hari, dan telah membuat penghantaran mereka yang pertama tepat pada tarikh akhir yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Komputer Apple di mulakan dengan beberapa transaksi mudah kepada kualiti barangan, bukan dengan pelan perniagaan yang rumit.

[4] Facebook


Hasil Pendapatan 2014: USD12.47 Billion

Kebanyakkan dari kamu mungkin sudah mengetahui, bahawa Facebook telah dibangunkan oleh Mark Zuckerberg bersama beberapa orang rakan universitinya pada Februari 2004 sebagai medium perhubungan alternatif (social network) untuk pelajar-pelajar di Harvard. Mereka tidak berdaftar sebagai sebuah syarikat sehingga pada bulan Mei di tahun yang sama.

Sama seperti Google dan Yahoo, Facebook bukanlah sebuah perniagaan pada awalnya jadi mereka tidak memerlukan pelan perniagaan.

[5] Pepsi


Hasil Pendapatan 2014: USD66.68 Billion

Pada tahun 1898 seorang Farmasi dan pemilik kedai ubat bernama Caleb Bradham telah mencipta satu minuman berasaskan soda dan menamakan minumannya sebagai "Brads's Drink". Beliau menjualnya di dalam kedai ubatnya sendiri pada masa itu.

Pepsi mula mendapat perhatian pada tahun 1909 apabila seorang pelumba kereta bernama Barney Oldfield menjadi duta minuman itu dengan 'tag line', "a bully drink... refreshing, invigorating, afine bracier before a race."

Ia mengambil masa sehingga 11 tahun sebelum berjaya memecah pasaran seluruh Amerika. Mungkin sebuah pelan perniagaan telah di buat semasa perniagaannya mula berkembang, tetapi adalah lebih baik membiarkan sahaja perniagaan kita berkembang maju secara perlahan daripada mengejar sesuatu yang belum pasti keputusannya.

[6] Nike


Akar kepada perniagaan Nike bermula pada tahun 1962, apabila pengasas syarikat itu, Philip Knight, memutuskan untuk menjelajah negara Jepun. Ketika zaman sekolahnya, beliau merupakan seorang atlet trek dan merupakan seorang bintang sukan. Semasa lawatannya di Jepun, Philip telah berkunjung ke syarikat Onitsuka Tiger Co dan menawarkan untuk mengimport kasut mereka dan menjual kembali di Amerika.

Untuk menjadikan perjanjian itu berjalan lancar, beliau harus menubuhkan sebuah syarikat bagi sebarang urusan dan telah mendaftarkannya sebagai Blue Ribbon Sports. Mereka telah menukarkan nama syarikat kepada Nike, Inc. pada tahun 1978.
Share on Google Plus

About Bendi

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :